Kempen

Semua rakyat Malaysia yang prihatin dan peduli berkenaan situasi semasa serta masa hadapan negara kita yang tercinta ini, amatlah dialu-alukan mengambil inisiatif sendiri agar bersama-sama gerakan rakyat dalam suatu khidmat negara untuk membangun kesedaran politik masyarakat — Rakyat Bersatu Tak Dapat Dikalahkan.

Untuk tujuan itu, harapan dan masa hadapan negara ini adalah terletak sepenuhnya di tangan setiap kita semua. Buat permulaannya, anda boleh saja menggunakan maklumat-maklumat tersedia di dalam laman ini menjadi bahan membantu kempen anda menyebarkan kesedaran politik ini.

Berikut adalah senarai bahan-bahan serta maklumat yang sedia dimuat-turun (berserta panduan dan penerangan ringkas) untuk penyebaran:

1). Balik Kampung Bawa Berita Benar

Sempena Aidilfitri yang kian menjelang, berduyun-duyun wargakota akan melawat sanak saudara di kampung halaman yang merupakan amalan  lumrah yang mulia. Namun, alangkah baiknya jika kesempatan balik kampung setahun sekali ini bukan saja dapat mengeratkan tali silaturrahim, namun turut juga dimanfaatkan sebagai wadah  menyebarkan kesedaran hak-hak rakyat dan kefahaman politik masyarakat progresif.

Senarai Muat-turun (Download list)

.
.
2). Pantau & Tangkis Media Perdana

Media arus perdana secara terang-terangan dan jelas diperkudakan untuk memanipulasi serta memutar-belit isu-isu semasa. Jika terus dibiarkan, ia tidak hanya merbahaya terhadap kesuburan idea politik progresif masyarakat Malaysia, malahan akan memandulkan proses melahirkan kesedaran rakyat akan hak-hak mereka sendiri. Senarai Muat-turun (Download list)