Kumpulan NGO Sokong Himpunan ‘R’ Konvoi ke Putrajaya

Kenyataan Media

25 September 2012

Kumpulan NGO Sokong Himpunan ‘R’ (Menuntut Royalti Petroleum dan Gas Kelantan) Konvoi ke Putrajaya

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua NGO untuk bersama memberi sokongan kepada Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI).

Isu royalti Kelantan bukan sekadar isu negeri tetapi isu nasional kerana ia melibatkan kedaulatan negara apabila minyak dan gas hak milik negeri Kelantan bukan sahaja telah didaratkan di luar negeri Kelantan, malah ia didaratkan di negara jiran. Ini satu pengkhianatan kepada negara dan sebagai rakyat Malaysia, semua individu dan NGO wajar memberi sokongan padu kepada usaha mengembalikan hak rakyat negeri Kelantan khususnya, yang juga hak negara ini amnya.Penafian hak royalti rakyat negeri Kelantan mendapat perhatian seluruh negara lantas membangkit kesedaran betapa pentingnya keputusan yang adil diterjemah oleh mahkamah persekutuan. Demi memberi tekanan terhadap tuntutan keadilan maka SAMM akan menggerakkan jentera anak muda dan sekutu bagi memastikan penyertaan besar Konvoi Mega ‘R’ bermula 2 Oktober ini. 

Dengan sekatan terancang oleh kerajaan pusat terhadap hak rakyat negeri Kelantan ini juga, SAMM memanggil semua sekutu NGO untuk bersama menyokong NGO Royalti dan seterusnya menjayakan konvoi mega R bersempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.

Berikut adalah tentatif ringkas acara Konvoi Mega R;

  • Konvoi Mega ‘R’ bermula pada 2 Oktober dari beberapa tempat dari seluruh negara sebelum bersama menuju ke Putrajaya pada pagi 3 Oktober.

  • Konvoi yang datang dari beberapa tempat itu dijangka akan bergabung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 2 Oktober itu sempena majlis solat hajat royalti yang akan dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

  • Satu majlis ceramah royalti juga akan diadakan selepas solat Isyak yang akan menampilkan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Pengerusi NGO R, Nazri Deraman serta pimpinan Pakatan Rakyat Selangor, Sabah dan Sarawak.

  • Pada keesokannya pula, semua kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya bersama pasukan konvoi R.

  • Pada masa sama, NGO R juga akan menyerahkan 150,000 tanda tangan rakyat Kelantan yang menyokong tuntutan royalti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Dengan publisiti yang menyeluruh, SAMM yakin mobilisasi besar dapat digerakkan untuk konvoi mega R.

Che’GuBard
Ketua Penyelaras
Solidaariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

`

Berikut adalah senarai Gabungan NGO yang menyokong Himpunan ‘R’:
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
SUARAM
EMPOWER
Unit Ehsan Malaysia
ANGKATAN WARGA AMAN MALAYSIA (WargaAMAN)
MALAYSIAN INDIANS PROGRESSIVE ASSOCIATION (MIPAS)
MALAYSIAN YOUTH CARE ASSOCIATION (PRIHATIN)
PEOPLE’S WELFARE AND RIGHTS COALITION (POWER)
MALAYSIAN INDIANS TRANSFORMATION ACTION TEAM (MITRA)
ANGKATAN NASIONAL INDIA MALAYSIA (AGNI)
MALAYSIAN INDIAN YOUTH COUNCIL SELANGOR STATE (MIYC)
Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasiona l
 Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
Angkatan Rakyat Muda (ARM)
Radio Bangsar Utama (RABU)
Kelab 50B
Alumnus Sekolah Politik (ASP)
Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
Agent of Change (AoC)
Akademi Pak Sako (APS)
Selamatkan Teluk Rubiah
Universiti Bangsar Utama (UBU)
PERSATUAN KETURUNAN INDIA KELANTAN MALAYSIA (SOKMO)