Kempen – Balik Kampung Bawa Berita Benar

Bahan Kempen #1

Download - ABU Harga Barang Naik PamphletSelebaran Harga Barang Naik – Versi DIY
(Price Hike Pamphlet – DIY Version)

- Download 
(format PDF, Adobe Reader Foxit Reader)

Maklumat Asas Kempen
Konsep: Menggalakkan penglibatan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menunaikan bakti untuk negara (national services), menjalankan peranan sebagai agen aktif menyebarkan kesedaran politik dan sosial untuk mencapai perubahan progresif di kalangan masyarakat.
Tujuan: Mendorong dan menyemarakkan syiar perjuangan rakyat melalui penglibatan aktif seramai mungkin rakyat menjadi agen kepada perubahan. Sebagai langkah permulaan, melalui kempen ini setiap individu prihatin secara sukarela akan menjalankan peranan dakwah menyampai dan menyebarkan seluas mungkin maklumat kebenaran berkaitan masalah utama yang sedang dideritai oleh lebih 40% keseluruhan rakyat Malaysia berpendapatan rendah — Isu Kenaikan Harga Barang!.

Hanya perlu 3 Langkah mudah:
        ~ Muat-turun ~ Cetak ~ Edar ~
1). Muat-turun fail Risalah dalam format pdf (perlukan Adobe Reader atau Foxit Reader)
2). Cetak selebaran menggunakan pencetak sendiri atau di kedai menyediakan khidmat percetakan. Sebaik-baiknya dicetak di atas kertas saiz A3, di kedua-dua belah permukaan bagi setiap muka surat. Sila rujuk Panduan Mencetak dan Melipat Selebaran.
3). Lipat selebaran mangikut panduan seperti ditunjukkan dalam Panduan Mencetak dan Melipat Selebaran.

.

Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui serta menyahut seruan Kempen Balik Kampung Bawa Kebenaran ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pertanyaan, maklumbalas, cadangan dan sebagainya, sekretariat ABU boleh dihubungi DI SINI.

About these ads

One response to “Kempen – Balik Kampung Bawa Berita Benar

  1. Pingback: ABU declares war on UMNO / BN « The People's Parliament·

Comments are closed.